Sunday, March 13, 2011

Kawen lagi....

Posted by Nazifa Mazni at Sunday, March 13, 2011 1 comments


Last week, semua family belah Hubby and I went to Marang, Terengganu. Kenapa ek hujan-hujan nak pi Terengganu. Cari nahas agaknya hujan-hujan nak pi jalan-jalan. Xsyok betulla...

Bukan cari nahas sebenarnya, pi saner sebab next adik ipar kawen lagi. Hoho...dah selamat sorang. 2 orang je lagi yang belum selamat lagi. Mudah-mudahan jodoh mereka semakin hampir.

Tanpa buang masa, sila la komen gambar-gambar yang aku snap. Edit pun sikit-sikit je. Bukannya pandai pun. Komen ye. Komen yang 'kaw-kaw' saja yang diterima. Aduhh....:))


Bersiap-siap. Entah berapa kali pakai kain samping. Tak menjadi-jadi..huh...

Gelak lagi.....

Nervessssss.......




Sah sudah....husband and wife...


Ini kes kelakar betul. Lepas makan-makan kat rumah pengantin. Kitorang semua blah la nak pi shoping pasar payang. Lepas balik homestay. Mandi, rehat kitorang gerak la pi pasar payang. Jem jugak la nak pi sana. Masa lalu kat depan Istana Maziah nampak la pengantin tengah shoot gambar. 

Kata mak ' Eh, pengantin ambil gambar'. Aku pun berpaling le. 'Eh, macam kenal photographer tu'. Hahaha... Mak tegur anak sendiri pulak ye... Rupa-rupanya pengantin yang tengah shoot gambar tu anak sendiri.. :))


Makan lagi... Borong keporok lekor. Keporok? Keropok lee...Sejak duk Kedah ni, jarang-----jarang makan keropok lekor. Mana nak jumpa kat sini. Yang ada pun tak sedap la. Yang kat pasar malam lagi la out. Tepung je banyak dan keras. Mau patah gigi ni. Tu dia...Berkilo-kilo bawak balik keropok lekor. Hai..macam la myvi tu besar sangat. Memang sendat betul la myvi time balik. 

'Pengantin Lama'

Oh...rasanya baru semalam kami baru kawin. 


Sebelum balik homestay, kami singgah kat area belakang Kg. Cina. Cantikkan?? Setelah ditambak, macam nilah jadinya. Semoga ianya tidak menjejaskan hidupan laut sepertimana yang berlaku pada Airport Seberang Takir, Terengganu.

Jom balik....

Tuesday, March 8, 2011

Blog bakal berubah

Posted by Nazifa Mazni at Tuesday, March 08, 2011 0 comments

Once again I'm gonna change the look of my template. Macam la pandai sangat kan. Aku bukan web designer. Godek-godek la internet nanti. nak cari coding, idea for design. Huh..mencabar bagi yang tak reti macam aku. 

Pastinya lepas ni rupa blog aku ni dah jadi cacamarba. Korang jangan lari pulak..Haha...Nantikan wajah terbaru blog ini. :))

Mr. Hubby merajuk lagi la lepas ni sebab aku asyik mengadap laptop je. Obses!! Hehehe...

Ta daaa...nak godek-godek pulak...

Wednesday, February 2, 2011

Hoho..balik kg CNY

Posted by Nazifa Mazni at Wednesday, February 02, 2011 0 comments
Cuti CNY ni En. Hubby ajak balik aku...baguih betul En. Hubby...biasa isteri yang selalu mintak balik kg dia...Hehehe...tak ada nak gaduh-gaduh kan...
 
Ni aku baru je sampai umah terus buat post entry..hehe...Bertolak dari Spetani jam 5.30pm dan sampai Jertih jam 11pm...Kereta kat jalan pun manyak jugak la...dengan kerenah kereta bercinta kat jalan, kereta yang kejap speed sekejap slow...susah mau potong daa..Itu belum ditambah jalan yang berlubang sana berlubang sini. Sangat bahaya kalau drive malam. Sabtu ni nak balik Spetani kena balik siang la. Jalan dah tak elok. Bahaya asyik duk elak jalan berlopak tu. Ada blogger yang nak balik ke Kedah ka Penang ka. in this Saturday Jom konvoi ramai-ramai. 






Friday, January 28, 2011

Games apa yang best?

Posted by Nazifa Mazni at Friday, January 28, 2011 0 comments
Agaknya dah sebulan pakai Sony Ericsson X8. Apa yang best? Pertamanya aku suka handset ni sebab ade wireless dan ada Market.Dapat download macam-macam. yang penting its FREE!!!!! Tapi kalau tak dapat wireless bosan jugak..Tak boleh online, tak boleh fb dan tak boleh berbisnes. Pastinya customer marah lambat reply email diorang. 

Sekarang aku tengah download Games. Aku download games yang top download ja. Korang suka games apa? Bagi la idea games yang sesuai untuk full touch screen. Aku dah download games Angry Bird, Bistro Cook, Jewels, Chess, Sudoku. Korang bagi idea plak ya...


BAD DAY KE?

Posted by Nazifa Mazni at Friday, January 28, 2011 1 comments
Salam tengahari...dah pukul 12.30pm. I'm waiting for my friend for lunch yang tgh menaip entah apa-apa la..cekang betul bunyi keyboard tu. 

Last two day, on 27 Jan 2011, I went to Hospital Selayang for another appointment with Surgery Doctor to hear the result. Dub...Dab...Dub...Dab....but I try to be cool...:)....But before I told u the result...I want to story u that...

I went to the hospital with my roomate with motorcycle...Malang betul...500m before arrive at the hospital...tayar motor tu pancit...dah la baru lepas lalu kawasan accident that I think masih baru lagi..Oh tidak kenapa la pancit!

Seb baik another friend datang for help us looking for abang-abang pomen. Thanks to enul!...berhabis jugak RM20 tukar tiub motor. Rupa-rupanya abang pomen tu cakap tiub motor tu repot. Oh bahaya betul la...Dah settle satu perkara...

Then, three of us went to kilang di Subang. Aku saja-saja ja ikut...nanti boring duk rumah...Aku kan MC hari neh...heh..heh...heh.....Seperkara lagi berlaku kat kilang masa nak balik...I think around 7.30am after Maghrib. Kawanku tertekan punat tombol pintu plak...itu xde masalah..Tapi masalah timbul bila si Razak cakap pintu tu tak ada kunci...OMG!!! Kena ketuk la tombol pintu tu....nasib baik boleh buka and tombol tu boleh pakai lagi...Finish...

So we heading to Batu Caves for dinner. Masalah timbul lagi apabila tingkap kerena Enul tak boleh dinaikkan. Tinggal suku je lagi untuk dinaikkan. Masalah lagi!!!! So, Enul tampal dengan kertas je sebab dah nak hujan. Kami makan-makan kat Najiha Seafood. Emmm...sedap betul tomyam..Delicious..

Masa tengah makan-makan tu, tetiba treler langgar bontot Hilux yang tengah parking betul-betul kedai kami makan. Pecah signal je...Itula nak tunjuk sangat bontot...lepas tu plak ade budak tercekik makanan kat kedai sebelah...dan aku bersuara untuk balik. Aku perasan macam-macam benda berlaku hari ini.

So, Enul hantar kami berdua balik dan dia minta aku temankan dia balik ke Subang. Takut katanya sebab masa dinner bercerita hari kiamat, hantu, macam-macam la. So aku temankan balik.

Tetiba....not again!!!

Kereta tetiba mati enjin. Beberapa km lagi nak sampai. Nasib baik ada mamat India berhenti. Takut-takut jugak kan. Orang tak kenal berhenti dan aku telefon mana-mana kawan yang boleh bantu but no one can help sebab semua duk jauh. Lepas ayah Enul sampai, call Takaful Ikhlas untuk ditarik. Settle...3.30am baru sampai rumah Enul..Ngantuk gile...Esoknya pomen datang rumah repair. Katanya pump minyak rosak.

Kenapa malang sangat hari ni....??

Result doc? Alhamdulillah..bukan kanser but need operate jugak...

See ya next post..perut udah keroncong


Wednesday, January 19, 2011

Sony Ericsson or Nokia

Posted by Nazifa Mazni at Wednesday, January 19, 2011 2 comments
Assalamualaikum....yeay hari ni cuti thaipusam...good news untuk mereka yang berada di Selangor...including me k! dapatla bercuti jugak..kesian my hubby hari ni dia keje coz kat Kedah mana ada cuti Thaipusam.

Hari ni bangun, tak tau buat apa..semalam my hubby dah pesan writing la buku tu yang belum siap-siap lagi tu.. dah le dah lepas dateline..tapi xpe! masih diberi peluang untuk siapkan. Owhh..aku sangat tertekan dengan kerja, online business dan nak writing buku. Buat kerja 3 in 1...oh...aku tak mampu...aku ni bukan lipas kudung...kadang-kadang orang bagi buat satu kerja pun tak pernah siap dengan sempurna. Ada je yang tak puas hati.

Next week, my group and I will setup new stall kat Cova Square, Damansara...siapa-siapa yang duk area situ boleh la datang membeli makanan yang kami jual...menunya....yong tau foo keluaran Bumiputra. Dijamin HALAL. Yang menjualnya pun cun-cun je..yang sedihnya semua dah berpunya tau tapi still available..hehe..kan belum kawin. Not me la...I dah kahwin...!

End of story for today, I want to share with u all my new handset that I buy last months. jeng..jeng..jeng..

hehe..mula-mula masa survey tu pening jugak nak beli. tak tau nak beli yang mana. aku ni kalau bab beli barang selalu je pening. Ye la..mesti la nak beli barang yang 'alah membeli menang memakai'...ye tak kawan-kawan yang membaca?

On that time ade 2 pilihan handset yang aku suka. Xperia X10 mini pro, Vivaz Pro. Kalau ikut dari segi design aku suka Vivaz tapi masalahnya softwarenya biasa bukan Android. Aku nak yang pakai software Android. Huh...tension betul. Dah la plak 3G Vivaz kat belakang. Kan kalau videocall mana nak nampak muka caller. Sape la yang design handset tu. So aku punya choice hanyalah Xperia X10 mini pro. Aku suka jugak handset ni sbb kalau boleh ade slide. Roomate aku dah baham dah handset ni. Cuma dia kecik je la.

Vivaz Pro


My hubby plak cakap hanset tu pendek. Emm...ni yang malas ni. Dah tak tau nak beli handset apa. Sampai my hubby naik berang dah aku xtau nak beli handset ape. Dia pun dh penat jalan. Itu belum masuk handset Nokia yang promoter suggest. Tapi nasib baik aku dah buat keputusan nak amik Sony Ericsson jugak!!!

Xperia X10 Mini Pro

So...handset apa yang aku beli..jeng..jeng..jeng...

Xperia X8

Walau xberapa berkenan tapi ok la. Bila dah sebulan pakai suka la pulak. Screen pun besar. Cuma besar bila  masuk kat poket seluar. Owh..I don't like it! yang penting X8 pun pakai Android. Itu pun beli sebab Chinese gurl tu bengang..ye la penat dia cakap then aku tak nak beli..bukan tak nak beli la amoi...cuma tak tau nak beli yang mana satu jer. Itu kan hak pembeli. Nak beli atau tak itu hak kita!!! Alih-alih aku pi beli kat dia jugak...Hehe...

Owh..next week sibuk setup stall..nantikan ceritanya....






Sunday, January 9, 2011

TAHUN 2011

Posted by Nazifa Mazni at Sunday, January 09, 2011 0 comments
SALAM 2011...



Dah 9 hari berlalu di tahun baru 2011. Selamat Tahun Baru ya semua...owh...sensawang byk btul la kat blog ni...maknanya dah lama la Zifa x berblogging kan...bz? yep...agak bz sejak join Program Siswazah Perantis PUNB ni...dengan line berukband yang teruk...baju-baju muslimah yang dijual pun dah makin kurang laku nyer...owh..sila ke link ni ya.. http://pesonarasafah.blogspot.com. Tahun 2011 pun tak terasa dek kerana bz n berjauhan ngan suami. tapi angka umor yang berganjak terasa jugak...dah makin matang tua la saya ini...

Skrang pun tgh pening nak fikir nak buat bisnes apa for my own future. Nanti nak kena siapkan RP. Al-maklumla nak dapatkan loan. Warghhhhh....agak tension juga kat sini...PJJ ngan husband...isk...isk...isk...mau pulang!!

http://msp244.photobucket.com/albums/gg10/thaonvami/Cats/sad-cat.jpg
sedih nyer.... 
 
5 months left... to be continued...!

Monday, November 15, 2010

KEDAI MAKAN WAJIB PERGI?

Posted by Nazifa Mazni at Monday, November 15, 2010 0 comments
Salam 1 Malaysia...haih....everytime kami pulang ke Jertih, Trg..mu hubby selalu ajak pi makan mee rebus...

Mee rebus?
nyummm...nyummm...nyumm


Jangan xtau...mengancam rasanya...nak makan pasti nak lagi...sedap wooo....!! Mee rebus ni aku makan masa time kecik lagi and the taste is still the same..never change...sekarang bila aku dah married...my hubby pulak yang ketagih...tiap kali balik kg, tiap kali la pi pekena mee rebus b4 pulang ke S.petani.

Satu lagi yang my hubby suka bila time balik kg adalah dapat makan sup belut, ikan patin and tapai goreng. kat area Kedah xpernah lagi jumpa orang jual belut. Patin pun sama kalau ada pun yang xhidup dah. kat Terengganu org jual patin hidup2 lagi. Pi pasar tani kat Jertih siap beli lagi belut hidup untuk bawa balik sp. aduhhh...aku la yang nak kena cuci belut tu...dah lerr berlendirrr...geli betul. 

belut yang disiap disiang dan dicuci

belut goreng

sup belut

tapai

my hubby suka makan tapai goreng..tapi gmbr kat atas tu bukan tapai goreng...xtau la nama ape resepi tu...resepi mak...tiap kali bulan puasa mak mesti ada buat sekali. It's my feveret. Apa ek nak panggil resepi ni.. 'tapai berkuah'..Boleh? Resepinyer nanti aku buat entry resepi yang baru ya!!

Kami bawa balik 6 bungkus tapai...huhu...aku jugak yang kena masak...

p/s: Owh..tunggu new entry lepas raya korban ya! Chow..mau packing barang..mau balik Kg. Siputeh...banjir lagi


Wednesday, November 10, 2010

KOLEKSI T-SHIRT MUSLIMAH ZARIYA/AZ-ZAHRA

Posted by Nazifa Mazni at Wednesday, November 10, 2010 0 comments
 

Love.:.Life.:.Passion.:.Inspiration Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop