Tuesday, June 29, 2010

WASIAT UNTUK ISTERI

Posted by Nazifa Mazni at Tuesday, June 29, 2010

*Google


Wasiat untuk isteri. Marilah kita sama menghayati kisah benar ini. Kisah ini saya perolehi dari suami saya yang diforwardkan oleh rakan beliau.

Bukan semua yang  anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik  buruknya.

Kisah  Benar Untuk Renungan Kite Bersama

Kira-Kira 15 hari  yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali  ke rahmatullah  secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan  seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya  sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai,  isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan  anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika  itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu  sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang  meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat  demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih  berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang  diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya  ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau  dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat  suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang  saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap  seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju  dewasa ini.Di samping itu,  arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah  dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan  Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah  memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis  juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham  mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4  manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat  Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada  anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi  diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya  sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di  pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2  orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah  untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14  dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya  sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya  dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara  perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan  anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya  berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak  penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya  diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah  diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain  iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan  kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada  adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca,  isterinya membantah keras kerana  tiada satu pun harta yang diserahkan  kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam  wasiat tersebut (yang memang digunakan  oleh isterinya).

Belum  sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu  kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat  itu.

"Isteriku  tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya  kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak  pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah  aku  suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak  adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku.  Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak
pernah  diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada  mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan  rumahtangga."

 "Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan  amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama  kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas  peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham  mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada  disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

 -she  should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband-  

Moga-moga kita para isteri mampu menjadi yang terbaik buat suami kita. Insyaallah


Dari  Abdullah bin 'Amrr.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,  "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!


Photobucket

1 comments:

Artzlizan on June 21, 2010 at 5:45 PM said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ni...sangat bagus...

Post a Comment

Thank you for dropping your comment. I appreciate that!

 

Love.:.Life.:.Passion.:.Inspiration Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop